June 23, 2009

Aktiviti SIFE

  • (Ogos 2009)SIFE akan membuat Pakej Permulaan untuk 4 peserta t'dahulu b'jumlah 2000 pokok cili iaitu Pakej 500 pokok cili tiap peserta dan projek seterusnya untuk 50 peserta bagi penduduk kawasan Kg. Medan,Selangor.
  • (20 Jun 2009)SIFE mendapat jemputan daripada Timbalan Speaker Negeri Selangor untuk memberi taklimat di Dewan Seri Manja PJ S/2 Kg Medan,PJ,Selangor berkaitan cili fertigasi serta akan terlibat dalam sessi pakej perkhidmatan akan datang untuk rakyat Selangor bermula Ogos 2009 di .
  • (Mei-Jun 2009)SIFE menerima pelawat dari Persatuan Wanita Kpg Seri Kinta dan peserta-peserta Kursus Fertigasi di Kolej Komuniti Sg.Siput(U).
  • SIFE juga membuat percubaan resepi Cili Kering.Stok cili kering hanya limited hanya dijual pada penduduk Kpg Tersusun.
  • (Mei 2009)Menjalani sessi perkhidmatan nasihat serta Pakej Versi Ekonomi(limited edition) untuk pelanggan di Kpg Seri Kinta dan Pasir Pinji.
  • (April 2009)Tanaman cili SIFE fasa 2 daripada 500 pokok kepada 1300 pokok sedang mengeluarkan hasil tiap hari sekali anggaran 45kg tiap hari dengan harga 1 kg=RM6(harga mengikut harga ladang pasaran)
  • (Mac 2009)Tanaman cili SIFE fasa 2 sebanyak 500 pokok sedang mengeluarkan hasil tiap 2 hari sekali 42-50 kg dengan harga 1 kg=RM7.50
  • (Feb-Mac 2009)Pelanggan-pelanggan baru ini akan menanam 1000 pokok cili melalui pakej yang SIFE tawarkan iaitu Pakej versi Ekonomi.
  • (Feb-Mac 2009)Terkini dengan menjalankan sessi perkhidmatan nasihat serta membekalkan alatan fertigasi kepada 5 pelanggan baru dimana salah seorang dari Felda Lasah,Kpg Jalong,Kulim Kedah,Juru,Penang dan Kg seri Kinta,Ipoh.
  • Sedang menanam semula Cili jenis 223 F1 Kulai baru dan S469 sebanyak 2000 pokok.
  • SIFE juga sedang memproses baja fertigasi A dan B bagi penanaman cili untuk kegunaan sendiri serta untuk jualan kepada pelanggan.
  • Mendapat tender membuat rumah fertigasi serta membekalkan peralatan fertigasi kepada Pejabat Kemajuan Daerah Kinta dan Kuala Kangsar untuk peserta PPMS Perlop 1.
  • SIFE mendapat tempat PERTAMA dalam pertandingan cili di AgroFest Hari Peladang,Penternak dan Nelayan November 2008 Peringkat Negeri Perak di Ladang Infoternak,Sg.Siput (U).
  • SIFE juga terlibat dalam pertandingan cili di Agro Fest Hari Peladang,Penternak dan Nelayan November 2008 Peringkat Negeri Perak di Ladang Infoternak Sg Siput(U),Perak.

1 comment:

  1. tumpang tanya encik, pernah dengar yittu chilli?? ini jenis cili kering saiz besar, lebih lebar dan lebih gelap dari cili kering kerinting biasa tu. masalahnya, saya pn tak tau cili ni ade nama lain x.. puas saya search n googling. mana tau encik lebih arif..

    ReplyDelete